1. Permohonan Penyata Penyelesaian Awal sebanyak dua kali dalam setahun untuk setiap satu akaun tidak dikenakan sebarang bayaran, manakala permohonan penyata seterusnya akan dikenakan bayaran RM 30.00 mulai 1/6/2010.

2. Permohonan Penyata Penyelesaian Awal melalui pos, anggota dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM 30.00 melalui wang pos, bank draft atau cek. Sila ambil perhatian penyata tidak akan dikeluarkan sehingga bayaran diatas ditunaikan.

3. Kaunter Khas Penyata Penyelesaian Awal disediakan di pejabat KOWAJA dan waktu urusannya adalah dari 11.00 pagi hingga 3.00 petang.


 
 

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke 6 Kowaja yang telah diadakan pada 8hb November 2008 telah bersetuju untuk mengenakan fi perkhidmatan yang minima sebanyak RM2.00 sebulan kepada semua anggota KOWAJA yang menggunakan perkhidmatan atau kemudahan dari aktiviti-aktiviti KOWAJA. Fi perkhidmatan ini dikenakan bagi menampung perbelanjaan Koperasi yang terpaksa menanggung caj-caj perkhidmatan dalam menyediakan kemudahan-kemudahan untuk kegunaan anggota-anggota.
Fi perkhidmatan tersebut akan berkuatkuasa mulai
1hb Januari 2009.

   
 
 
Promosi Raya Kowaja 2010
Sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba, KOWAJA mengumumkan Promosi Raya yang bertempoh 3 bulan, dari 1hb Julai hingga 30 hb September 2010 bagi memeriahkan perayaan ini.
Terma dan syarat-syarat -Soalan lazim(FAQ)
 
 

Pautan | Peta Laman | Hakcipta KOWAJA 2008

powered by FreeFind