Anggota KOWAJA
 

Keanggotaan KOWAJA terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum atau bangsa. Keanggotaannya adalah secara sukarela berkonsepkan kerjasama dan perpaduan antara ahli-ahli. KOWAJA dengan sedaya upayanya cuba mengurangkan beban kewangan yang dipikul oleh ahli-ahli dengan menyediakan pembiayaan peribadi dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja ahli-ahli yang boleh meningkatkan daya produktiviti dengan fikiran yang tenang serta memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara.

 
 
Khidmat nasihat dan operasi cawangan KOWAJA dilakukan secara cekap dan amanah
Ilmu menjadi teras perkembangan diri dan minda anggota
Mengutamakan kebajikan anggota
Mengiktiraf dan memberi ganjaran ke atas kecemerlangan akademik anak-anak anggota
Prihatin dengan keluhan dan kesempitan kewangan anggota
Memberi pinjaman dengan faedah yang berpatutan
Meluluskan pinjaman dengan cepat tanpa penjamin
Potongan automatic dari gaji setiap bulan
Koperasi pinjaman yang teguh dan dipercayai (pinjaman berprinsipkan nilai-nilai Islam)
Menolong membangunkan sosio ekonomi negara