Pada 8hb November 2009, bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur telah diadakan Majlis Persidangan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan 2009.
Pada majlis tersebut, telah diadakan sesi Penyampaian Sijil Penghargaan bagi “Penyumbang BPA Terbesar 2009”. KOWAJA berada ditempat kedua selepas Bank Rakyat bagi Penyumbang BPA Terbesar 2009 dan diikuti oleh Koperasi SEJATI Bhd.
KOWAJA juga telah menerima Cek berjumlah RM5,000 beserta Sijil Penghargaan diatas kejayaan tersebut. |